Rabu, 27 November 2013

Program PPDa



Ceramah dan Pameran Agensi Anti Dadah oleh Agensi Anti  Dadah (AADK) Caw. Kuala Krai

PENGENALAN

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah diperingkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan –lapisan komuniti masyarakat. Ceramah Anti Dadah dan pameran Anti Dadah yang dirancang kepada murid-murid ini diharap dapat memberi  impak terhadap murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia.


MATLAMAT

Mendedahkan murid-murid kepada bahaya penggunaan dadah kepada manusia.

 OBJEKTIF

Murid-murid dapat mengetahui bahaya penggunaan dadah.

Murid-murid dapat mengetahui jenis-jenis dadah.

Mendedahkan Murid- murid terhadap kesan sampingan penyalahgunaan dadah.

SASARAN

Semua murid-murid SK Sungai Sok.

PELAKSANAAN

Tarikh                          : 16. 03. 2013

Masa                           : 11.00 pagi – 1.00 tgh

Tempat                        : Dewan SK Sungai Sok.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan