Ceramah dan Pameran Agensi Anti Dadah oleh Agensi Anti Dadah (AADK) Caw. Kuala Krai
PENGENALAN
Aspek pendidikan dan
pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya
kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang
demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah diperingkat lebih awal perlu
diterapkan dalam lapisan –lapisan komuniti masyarakat. Ceramah Anti Dadah dan
pameran Anti Dadah yang dirancang kepada murid-murid ini diharap dapat
memberi impak terhadap murid-murid
secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu
menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus
memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di
buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian
Pendidikan Malaysia.